Kanak-kanak jadi mangsa kebuluran akibat perang di Yemen

Pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak pemberontak Huthi memburukkan lagi krisis makanan di Yemen. -Foto AFP
Pertempuran antara tentera kerajaan dengan puak pemberontak Huthi memburukkan lagi krisis makanan di Yemen. -Foto AFP
A
A
A

MASIRAH Sager mampu membuka kedua-dua matanya ketika dia menelan susu daripada datuknya yang cuba memberinya makanan dengan menggunakan picagari.

Terdengar tangisan di kawasan berdekatan yang datang daripada kanak-kanak lain di sekitar wad hospital berdindingkan warna merah muda, satu peringatan jelas tentang kerugian dan kerosakan yang terpaksa ditanggung akibat konflik di Yemen.

Konflik yang berlaku itu memasuki tahun ketujuh pada Selasa lalu.

Masirah yang berusia tiga bulan kini menjalani rawatan di Jabatan Pemakanan Kanak-Kanak Tidak Seimbang Hospital Al-Sabyine di ibu negara Sanaa.

Dibendung dengan gebar warna merah muda dan putih, tubuhnya bersama tangan serta kaki dia yang kurus kelihatan kecil disebabkan katil bersaiz besar ketika neneknya duduk dan cuba untuk memberiknya makanan.

Peperangan di Yemen, negara paling miskin di Semenanjung Arab telah berubah menjadi apa yang dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan paling teruk di dunia.

Selepas krisis politik dan protes yang memuncak kepada pertempuran yang ganas, konflik tersebut kemudian berubah pada 8 Julai 2014.

Para pemberontak Huthi dari utara negara itu berhasil memperoleh kemenangan dalam pertempuran di bandar Amran, utara Sanaa dengan menewaskan tentera kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Pertempuran besar itu membuka jalan kepada para pemberontak menuju ke ibu negara dan menawannya dengan mudah.

Bagaiamanapun, penawanan itu diperoleh dengan kerugian terhadap manusia yang dahsyat apabila berjuta-juta dipaksa hidup di pinggir kebuluran.

Masirah adalah antara ribuan kanak-kanak yang terjejas akibat konflik tersebut.

Mempunyai berat hanya 2.4 kilogram di menderita kekurangan zat makanan, kata neneknya kepada AFP.

"Kami memerlukan pemeriksaan perubatan, susu dan makanan. Jika ubat-ubatan terdapat di hospital, mereka (kakitangan perubatan) akan memberikannya kepada kami. Jika tidak, kami perlu membelinya di luar," katanya.

Gambar fail menunjukkan seorang kanak-kanak menderita akibat kekurangan makanan di sebuah hospital di Abs, Yemen. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang kanak-kanak menderita akibat kekurangan makanan di sebuah hospital di Abs, Yemen. - Foto AFP

Berjuta-juta kanak-kanak di Yemen kini berdepan dengan kebuluran berikutan kekurangan bantuan untuk negara tersebut," kata Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa PBB (UNICEF) pada Jun lalu.

Konflik yang berpanjangan itu telah memusnahkan sistem kesihatan dan menyebabkan 3.3 juta penduduk hilang tempat tinggal dan kini tinggal di kem-kem perlindungan dengan taun dan lain-lain penyakit sedang merebak.

Krisis kemanusiaan menjadi bertambah buruk sejak Arab Saudi masuk campur pada bulan Mac 2015 mengetuai satu perikatan bagi menyokong tentera kerajaan menentang putak pemberontak.

Puak pemberontak itu pula memperoleh sokongan daripada musuh Arab Saudi iaitu Iran.

Puluhan ribu orang awam terkorban termasuk ratusan kanak-kanak dalam serangan udara dan serbuan di negara berkenaan.

Yemen yang merupakan sebuah negara dengan bekalan air bersih jarang ditemui kini berdepan dengan satu lagi ancaman iaitu penyebaran pandemik koronavirus (Covid-19).

Penyakit pernafasan itu telah menyebabkan 330 orang meninggal dunia di negara tersebut.

Doktor-doktor di Jabatan Pemakanan Kanak-Kanak Tidak Seimbang di Hospital Al-Sabyine iaitu kemudahan perubatan dengan kemampuan merawat 25 pesakit pernah memberi amaran bahawa Covid-19 ditambah pula dengan kekurangan minyak telah memburukkan keadaan sekali gus bertindak menjadi penghalang kepada rawatan.

Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka berada dalam risiko penyakit berkaitan pernafasan jika mereka dimasukkan ke hospital, kata Dr. Hazaa Abdallah al-Farah.

"Sebahagian orang tidak lagi mahu menghantar kanak-kanak ke hospital kerana bimbang dengan virus (covid-10)," katanya.

Namun, gambaran sebenar tentang kesan koronavirus di kawasan yang dikawal oleh pemberontak Huthi di utara Yemen masih kekal misteri.

Kerajaan yang diiktiraf masyarakat antarabangsa mendakwa puak pemberontak Huthi menyembunyi maklumat sebenar.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan PBB kini pula berdepan dengan satu malapetaka.

Peperangan menyebabkan 3.3 juta penduduk Yemen hilnag tempat tinggal. - Foto AFP
Peperangan menyebabkan 3.3 juta penduduk Yemen hilnag tempat tinggal. - Foto AFP

Agensi UNICEF kemudian telah meminta sebanyak AS$461 juta (RM1.9 bilion) untuk dana kerja-kerja kemnausiaan di Yemen dan tambahan sebanyak AS$53 juta (RM226 juta) bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19).

Walaupun dana itu diperlukan dengan segera, hanya 39 peratus daripada AS$461 juta dan 10 peratus daripada AS$53 juta telah dikumpulkan, kata UNICEF.

Agensi itu juga mencetuskan amaran tentang pengurangan perkhidmatannya.

Pada Jun lalu, PBB berjaya memperoleh AS$1.35 bilion (RM5.77 bilion) daripada AS$2.41 bilion (RM10.30 bilion) yang disasarkan untuk Yemen pada satu persidangan sumbangan secara visual

"Mereka terkorban di rumah mereka, tidak mampu untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan atau hospital kerana kedudukan kewangan yang teruk," kata Dr. Amin al-Aizari dari Hospital Al-Sabyine.

"Mereka (kanak-kanak) memerlukan makanan. Kanak-kanak di Yemen meninggal dunia pada setiap jam dan setiap minit," tambahnya. - AFP