Bomba selamatkan kaki serigala tersangkut pada meja berkelah

Inilah seekor serigala selepas satu kakinya terperangkap pada meja berkelah yang diperbuat daripada kayu di Main
Street, Long Whatton, Loughborough, England pada Ahad lalu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelemat Leicestershire.
Inilah seekor serigala selepas satu kakinya terperangkap pada meja berkelah yang diperbuat daripada kayu di Main Street, Long Whatton, Loughborough, England pada Ahad lalu. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelemat Leicestershire.
A
A
A

LONDON - Anggota-anggota bomba Britain berjaya menyelamatkan seekor serigala kecil apabila satu kakinya terperangkap pada sebuah bangku diperbuat daripada kayu pada Ahad lalu.

Menurut akhbar Burton Mail pada 6 Jun lalu, anggota bomba Castle Donington Fire menyelamatkan haiwan tersebut selepas mendapat panggilan daripada orang awam.

Anggota-anggota bomba kemudian mendapati satu kaki belakangnya yang terperangkap pada meja itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Castle Donington di Leicestershire, England menyatakan pihaknya menunggu kedatangan anggota-anggota Persatuan Diraja Bagi Menghalang Kekejaman Terhadap Haiwan (RSPCA) kerana hawian tersebut kelihatan cedera selepas berjaya menyelamatkan kakinya.

"Haiwan itu kelihatan sedikit terganggu. Nasib baik kru (anggota bomba) melepaskan sebelah kakinya daripada bangku yang ia terperangkap" kata jabatan bomba tersebut menerusi laman Twitter.

Kejadian itu berlaku di Main Street, Long Whatton, Loughborough.

Serigala itu patah kakinya selepas terperangkap pada bangku itu.

Haiwan itu kemudian diserahkan kepada RSPCA untuk menjaganya. - Agensi

Artikel Berkaitan: