X

Kindly register in order to view this article
!

Polis bongkar sindiket judi online

Unit pejabat di Jalan Cheras, Kuala Lumpur yang diserbu polis malam semalam kerana menjalankan kegiatan perjudian dalam talian.
A
A

KUALA LUMPUR - Sindiket perjudian dalam talian yang beroperasi di sebuah unit pejabat di Jalan Cheras di sini lumpuh selepas diserbu polis semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, serbuan kira-kira jam 8 malam itu dijalankan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Beliau berkata, seramai 28 orang termasuk lapan wanita ditahan dalam serbuan itu.

"Sembilan orang yang ditahan merupakan warga China dan selebihnya warga tempatan. Polis turut merampas pelbagai barangan, antaranya ialah 69 unit telefon bimbit, enam unit Ipad, enam unit komputer riba, lima unit modem serta wang tunai pelbagai mata wang berjumlah kira-kira RM20,000.

"Kegiatan perjudian ini dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit pejabat di Jalan Cheras, Kuala Lumpur malam semalam.
Telefon bimbit yang dirampas dalam serbuan di sebuah unit pejabat di Jalan Cheras, Kuala Lumpur malam semalam.

Mohamed Mokhsein berkata, modus operandi sindiket berkenaan ialah beroperasi menerusi laman sesawang khas dengan menyasarkan pelanggan di negara China sahaja.

Beliau bagaimanapun berkata, siasatan masih dijalankan dan kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun direman untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf