X

Kindly register in order to view this article
!

Lari lintang-pukang nampak PGA

PGA Batalion 7 Kuantan turut menumpaskan cubaan menyeludup 170 kg minyak masak dan 180 kg tepung gandum di sekitar pangkalan haram Jitong pada jam 8.45 malam.
A
A

RANTAU PANJANG - Lapan orang penyeludup yang sedang leka memunggah beras dan beras pulut di pangkalan haram Jitong lari lintang-pukang dan menyeberangi sungai Golok menggunakan perahu selepas menyedari kehadiran anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan.

Dalam serbuan pada jam 9.15 malam itu anggota PGA merampas 915 Kilogram (kg) beras, 300kg beras pulut dan dua buah kenderaan dengan nilai keseluruhan dianggarkan berjumlah RM14,428.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintanden Azhari Nusi berkata, ketika rondaan anggota PGA terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang memunggah bungkusan guni berwarna putih dari perahu ke dalam dua buah kenderaan.

"Sejurus memperkenalkan diri sebagai anggota PGA, kumpulan lelaki itu terus melarikan diri ke Thailand dengan menaiki perahu," katanya.

PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas 915 kg beras, 300 Kg beras pulut dan dua buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM14,428.
PGA Batalion 7 Kuantan berjaya merampas 915 kg beras, 300 Kg beras pulut dan dua buah kenderaan dianggarkan berjumlah RM14,428.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kedua-dua buah kenderaan itu menemui beras dan beras pulut.

"Siasatan awal mendapati barangan tersebut dipercayai diseludup dari Thailand dan dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Azhari berkata, terdahulu pihaknya turut menumpaskan cubaan menyeludup 170kg minyak masak dan 180kg tepung gandum di sekitar pangkalan haram Jitong pada jam 8.45 malam.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM5,911.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!