X

Kindly register in order to view this article
!

Penganggur dipenjara 12 bulan tipu pelaburan

Tertuduh (tengah) dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini.
A
A

JEMPOL - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini selepas lelaki itu mengaku salah menipu melibatkan satu skim pelaburan pada tahun lalu.

Hernaniee Mohd Yusoff, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Khir Nizam Jemari.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh memperdaya Muhammad Hanif Bachok @ Embok Walang, 33,untuk mempercayai bahawa tertuduh dapat memberikan pulangan pelaburan skim pelaburan, oleh itu tertuduh dengan curangnya mendorong Muhammad Hanif Bachok menyerahkan wang berjumlah RM23,650 dengan 37 transaksi melalui pindahan wang ke dalam akaun bank atas nama sebuah skim pelaburan yang didaftarkan menggunakan namanya.

Perbuatan itu dilakukan di antara 24 Januari sehingga 5 Mac 2019 jam 8.23 pagi 11.11malam di Taman Meranti, Bahau.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!