Penganggur direman curi pokok lidah jin

Suspek diiringi polis sewaktu hadir di mahkamah di Kuala Terengganu hari ini.
Suspek diiringi polis sewaktu hadir di mahkamah di Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Terpengaruh dengan populariti pokok lidah jin yang didakwa boleh mencecah sehingga RM200 sepohon, seorang penganggur nekad mencuri lima pokok hiasan itu.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 24 Jun lalu di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Kuala Berang, kira-kira jam 6.15 petang.

Kehadiran suspek yang mencurigakan itu disedari oleh seorang pengajar yang kemudiannya mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan.

Sebelum itu, suspek memaklumkan singgah di situ untuk mencuci tangan, lalu beredar.

"Mereka kemudiannya memeriksa keadaan sekeliling dan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu telah hilang dan berada dalam bakul motosikal ditunggang suspek yang ketika itu melarikan diri.

"Laporan polis telah dibuat dan susulan itu, suspek yang berusia 37 tahun telah ditahan polis di rumahnya di daerah Hulu Terengganu kira-kira jam 5.30 pagi tadi," katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Artikel Berkaitan: