Suspek rompak bank tiru aksi dalam filem

Ayob Khan Mydin Pitchay, Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Ayob Khan Mydin Pitchay, Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lelaki yang maut ditembak ketika cuba merompak sebuah bank di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi pada 18 Jun lalu melakukan jenayah itu bersendirian.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, suspek yang juga anak bongsu itu tidak dibantu adik-beradik seperti yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini.

Menurut beliau, cara rompakan dilakukan suspek juga didapati menyamai aksi di dalam filem.

"Hasil siasatan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati cara suspek masuk ke dalam bank dan membaling beg sebelum meminta diisi dengan wang sama seperti di dalam filem aksi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Md Yusof Ahmad.

Dalam kejadian 18 Jun lalu, suspek berusia 19 tahun ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan menggunakan 'pump gun' ketika cuba merompak sebuah bank di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi dan menahan seorang wanita sebagai tebusan.

Kes rompakan itu mendapat perhatian masyarakat terutama netizen di laman sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dan tanggapan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Diheret, diacu sabit... dia minta RM20,000'

Artikel Berkaitan: