Heitech Padu peroleh kontrak RM33.179 juta daripada KKM

Heitech Padu
Heitech Padu
A
A
A

HEITECH Padu Bhd memperoleh kontrak bernilai RM33.179 juta untuk membekal dan memasang Sistem Maklumat Penjagaan Kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di 11 buah hospital di bawah Kementerian Kesihatan.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat itu berkata, ia menerima surat anugerah kontrak tersebut pada 22 Januari.

Kontrak, yang melibatkan pembekalan, penghantaran, pemasangan, mengkonfigurasi, pengujian dan penyampaian Sistem Maklumat Penjagaan Kritikal di ICU, adalah untuk tempoh 36 bulan mulai 1 Februari 2019 sehingga 31 Januari 2022.

Heitech Padu berkata, kontrak itu dijangka mempunyai kesan positif ke atas pendapatan masa depan dan pendapatan sesaham syarikat.

Bagaimanapun, kontrak itu tidak akan mempunyai kesan penting kepada dasar dividen, modal saham dan pegangan saham utama syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019, tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan: