Pakaian tiruan bernilai RM1.6 juta dirampas

KPDNHEP merampas 96,915 helai pakaian tiruan bernilai RM1.6 juta yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di dua premis di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
KPDNHEP merampas 96,915 helai pakaian tiruan bernilai RM1.6 juta yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di dua premis di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya merampas sebanyak 96,915 helai pakaian pelbagai jenama terkenal yang disyaki tiruan dalam serbuan di dua premis di Batu Caves, Selangor baru- baru ini.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, pakaian berjenama tiruan bernilai RM1.6 juta yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran secara dalam talian.

Menurutnya, berdasarkan maklumat dan siasatan awal, operasi yang dijalankan itu berjaya memutuskan rantaian pengedaran dan penjualan barang- barang tiruan sebanyak 480 pengedar dan penjual.

"Hasil aduan daripada pemilik cap dagang, barangan tiruan ini dijual di media sosial dengan harga lebih rendah selain menjadikan premis terbabit sebagai tempat penyimpanan stok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KPDNHEP merampas 96,915 helai pakaian tiruan bernilai RM1.6 juta yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di dua premis di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.
KPDNHEP merampas 96,915 helai pakaian tiruan bernilai RM1.6 juta yang menggunakan jenama terkenal dalam serbuan di dua premis di Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Beliau mengingatkan peniaga agar lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek orang lain.

Tegasnya, sekiranya ingkar, mana-mana individu atau syarikat yang terlibat penjualan dan pengedaran barangan tiruan akan dikenakan hukuman berat.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai disarankan menyalurkan maklumat kepada pihak kementerian dengan melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau hadir sendiri ke mana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran," katanya.