Dua beranak ditahan miliki dua senapang patah

Suspek berusia 49 tahun bersama anaknya ditahan bagi membantu siasatan. Dua laras senapang patah dan 28 peluru hidup dipercayai milik suspek dirampas.
Suspek berusia 49 tahun bersama anaknya ditahan bagi membantu siasatan. Dua laras senapang patah dan 28 peluru hidup dipercayai milik suspek dirampas.
A
A
A

KULIM - Dua beranak ditahan bersama dua laras senapang patah dan 28 peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Padang Cina petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, bapa berusia 49 tahun dan anaknya berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 5.30 petang bagi membantu siasatan berhubung penemuan senjata api berkenaan yang dimiliki tanpa kebenaran dalam rumah mereka.

Menurutnya, polis menemui satu laras senapang patah yang disembunyikan di luar rumah manakala satu laras lagi ditemui dalam rumah bersama peluru.

"Pemeriksaan lanjut telah menjumpai beberapa biji peluru yang disimpan dalam beg silang dipakai oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, anak suspek turut ditahan kerana berada dalam rumah ketika serbuan.

"Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 10 Julai ini untuk siasatan lanjut.

"Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971/ Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960," katanya.

Artikel Berkaitan: