X

Kindly register in order to view this article
!

Lima gerai haram warga Myanmar disita

Antara barangan yang dirampas DBKL dalam tindakan penguatkuasaan dilaksanakan hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun tindakan penguatkuasaan sudah dilaksanakan di banyak lokasi malah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga beberapa kali mengeluarkan amaran namun peniaga warga asing masih berdegil dengan menjalankan perniagaan secara haram.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan hasil tindakan penguatkuasaan berterusan dijalankan, pihaknya menyita lima gerai dikendalikan warga Myanmar di sekitar Wangsa Maju hari ini.

Menurut kenyataan itu, kesemua pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu didapati melakukan kesalahan di Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

Pemegang kad UNHCR yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Wangsa Maju.
Pemegang kad UNHCR yang didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen di sekitar Wangsa Maju.

"Seramai 11 anggota penguat kuasa terlibat dalam operasi menyita lima gerai yang dikendalikan oleh peniaga warga asing (Mynmar-pemegang kad UNHCR).

“Tindakan diambil kerana kesemua mereka berniaga tanpa lesen. Peralatan dan barangan perniagaan yang dirampas dibawa ke Stor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, DBKL memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perniagaan tanpa kebenaran dijalankan warga asing supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1800883255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL yang berhampiran.

Antara barangan yang dirampas DBKL dalam tindakan penguatkuasaan terhadap gerai dikendalikan warga asing di Wangsa Maju, hari ini.
Antara barangan yang dirampas DBKL dalam tindakan penguatkuasaan terhadap gerai dikendalikan warga asing di Wangsa Maju, hari ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus