Angka korban Camp Fire meningkat 87 orang

154
A
A

PARADISE - AMERIKA SYARIKAT. Angka kematian akibat kebakaran hutan di utara California meningkat kepada 87 orang, kata pihak berkuasa tempatan.

Jabatan bomba dalam kenyataannya berkata kebakaran yang bermula pada 8 November itu sudah hampir berjaya dikawal dengan 98 peratus api dipadamkan.

Bagaimanapun 249 mangsa masih dilaporkan hilang, dan angka itu menurun berbanding 474 orang yang dipercayai hilang dalam kebakaran tersebut.

Setakat ini, sebanyak 54 mangsa yang terbunuh telah dikenal pasti. - AFP