Kluster luar negara jadi ancaman Covid-19 di Zimbabwe

 Terdapat sebilangan besar rakyat Zimbabwe di luar negara yang masih menunggu untuk dihantar pulang.
Terdapat sebilangan besar rakyat Zimbabwe di luar negara yang masih menunggu untuk dihantar pulang.
A
A
A

HARARE- Presiden Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa pada Isnin berkata, kerajaannya prihatin terhadap peningkatan jangkitan tempatan Covid-19 baru-baru ini, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau menggesa masyarakat supaya berhenti melindungi individu yang kembali dari luar negara yang berhasrat melarikan diri daripada atau tidak melepasi pusat kuarantin.

Kes Covid-19 yang disahkan di Zimbabwe mencecah 716 kes pada Ahad dengan kira-kira dua pertiga daripadanya kes import.

Bercakap selepas menerima sumbangan barangan daripada pelbagai organisasi, Mnangagwa berkata, penting bagi mereka yang kembali ke negara itu dari luar negara untuk menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari.

"Kami semakin bimbang apabila melihat tren jangkitan tempatan yang kecil. Kami melakukan yang terbaik untuk melakukan pengesanan kontak.

"Kami memohon kepada orang ramai, keluarga, masyarakat sekiranya ada ahli keluarga baharu tiba dari luar negara, supaya bertegas untuk mengetahui sama ada mereka mempunyai sijil kuarantin selama tempoh yang ditetapkan dan telah dibenarkan pulang. Ia perlu untuk melindungi keluarga itu sendiri dan masyarakat," katanya.

Mnangagwa berkata, terdapat sebilangan besar rakyat Zimbabwe di luar negara yang masih menunggu untuk dihantar pulang. - Bernama

Artikel Berkaitan: