Tiada kes Covid-19 di Vietnam 82 hari berturut-turut

Setakat ini, Vietnam merekodkan sejumlah 369 kes jangkitan, termasuk 229 kes import yang dikuarantin semasa tiba di negara ini. - Foto 123RF
Setakat ini, Vietnam merekodkan sejumlah 369 kes jangkitan, termasuk 229 kes import yang dikuarantin semasa tiba di negara ini. - Foto 123RF
A
A
A

HANOI - Vietnam berjaya mengekalkan tiada kes baharu Covid-19 dalam kalangan komuniti selama 82 hari berturut-turut, menurut Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Pencegahan dan Pengawalan Covid-19.

Setakat ini, Vietnam merekodkan sejumlah 369 kes jangkitan, termasuk 229 kes import yang dikuarantin semasa tiba di negara ini, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Daripada jumlah itu, 341 pesakit atau 92.4 peratus sudah sembuh dan tiada kematian dilaporkan.

Seramai 13,047 kontak pesakit atau mereka yang pulang dari kawasan dilanda wabak masih dikuarantin sama ada di hospital, pusat khas atau di rumah.- Bernama

Artikel Berkaitan: