[AUDIO] Bukit Aman panggil Al Jazeera

Dokumentari Al Jazeera yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia. (Tan Sri Abdul Hamid Bador)
Dokumentari Al Jazeera yang mendakwa terdapat isu perkauman dalam mengendalikan Covid-19 di Malaysia. (Tan Sri Abdul Hamid Bador)
A
A
A
PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI] Bukit Aman akan memanggil wartawan Al-Jazeera dan agensi berita itu berikutan didakwa berniat memburukkan imej negara menerusi laporan dokumentari pengendalian pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan itu bagi melengkapkan siasatan selepas menerima beberapa laporan polis.

"Oleh kerana ada beberapa laporan polis dibuat di atas laporan berita tersebut, menjadi tanggungjawab PDRM untuk jalankan siasatan bagi pastikan sama ada terdapat unsur hasutan atau salah laku berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti beberapa akta termasuk Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan berhubung siasatan tersebut.

"Kita akan lihat beberapa undang-undang di bawah akta berkenaan selepas dia menjawab soalan," katanya.

Terdahulu Abdul Hamid hadir pada majlis pelancaran Hari Banci Malaysia di sini hari ini.

Semalam, polis dilapor membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan menerima laporan daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Sebelum ini, agensi berita yang berpangkalan di Qatar itu mengundang kemarahan rakyat negara ini selepas menyiarkan dokumentari bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' berdurasi 25 minit 50 saat yang mengecam layanan terhadap PATI ketika Malaysia sedang mengambil langkah memerangi pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: