Lelaki tempatan dalang kemasukan PATI dicekup

PGA menahan suspek dalam operasi berkenaan
PGA menahan suspek dalam operasi berkenaan
A
A
A

SABAK BERNAM - Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang lelaki warga tempatan yang menjadi dalang kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) di sebuah jeti di Sekinchan di sini semalam.

Dalam operasi jam 5.30 petang itu juga, seramai tiga lelaki warga Indonesia dipercayai tekong bot dan dua lelaki dari negara sama yang juga PATI ditahan dalam operasi berkenaan.

Pegawai Pemerintah Batalion 4, Superintendan Zulafendy Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu dipercayai melakukan perkhidmatan membawa PATI masuk ke negara ini bersama tiga tekong berusia lingkungan 31 hingga 38 tahun itu dengan menggunakan bot nelayan.

"Kami turut merampas bot nelayan dan enjin pukat tunda kelas B, dua pukat tunda, telefon pintar, set perhubungan walkie-talkie dan wang tunai Rupiah Indonesia berjumlah RP1.2 juta dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM667, 400," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Zulafendy berkata, semua suspek dan nilai rampasan dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1963.

"Masyarakat diminta memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang," katanya.

Artikel Berkaitan: