12 penduduk pindah akibat banjir

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor membantu proses pemindahan penduduk ke PPS malam tadi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bidor membantu proses pemindahan penduduk ke PPS malam tadi.
A
A
A

TAPAH - Seramai 12 penduduk Kampung Klah Baru, Sungkai dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira 0.5 meter dalam kejadian banjir malam tadi.

Kesemua mereka membabitkan enam keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Surau al Falah yang dibuka jam 10 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 9.55 malam dan tinjauan awal mendapati, terdapat 13 rumah dinaiki air.

"Bagaimanapun hanya enam keluarga yang terjejas teruk, mereka terdiri daripada empat lelaki, lima wanita dan tiga kanak-kanak ini dipindahkan bagi tujuan keselamatan," katanya.

Menurutnya, tinjauan di kawasan banjir dijalankan dari masa ke masa.

Artikel Berkaitan: