India negara ketiga paling teruk terjejas Covid-19

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

NEW DELHI - India melaporkan hampir 700,000 kes jangkitan Covid-19 hari ini sekali gus melepasi Rusia dan menjadi negara ketiga paling teruk dilanda wabak itu.

Menurut Kementerian Kesihatan India, kes meningkat sebanyak 24,000 dalam tempoh 24 jam dan menjadikan jumlah keseluruhannya naik kepada 697,413 manakala jumlah kes di Rusia adalah sebanyak 686,777 jangkitan.

Sehingga kini, India mencatatkan 19,693 kematian, jumlah yang jauh lebih rendah berbanding negara lain yang terjejas teruk seperti Amerika Syarikat (AS) dan Brazil.

Lonjakan kes di India turut menyebabkan pakar meramalkan angka kes bakal mencecah satu juta bulan ini. - AFP

Artikel Berkaitan: