Salji merah jambu di Banjaran Alps

Di Maio mengambil sampel salji berwarna merah jambu di puncak glasier Presena berhampiran Pellizzano di Banjaran Alps. - Foto: AFP
Di Maio mengambil sampel salji berwarna merah jambu di puncak glasier Presena berhampiran Pellizzano di Banjaran Alps. - Foto: AFP
A
A
A

PASSO GAVIA - Saintis di Itali melakukan siasatan ke atas kemunculan misteri salji berwarna merah jambu di Banjaran Alps.

Ia didakwa berpunca daripada alga yang mempercepatkan kesan perubahan iklim terhadap bumi.

Menurut penyelidik, Biagio Di Mauro dari Majlis Penyelidikan Negara, terdapat perdebatan tentang alga itu, namun salji merah jambu yang ditemui pada glasier Presena itu dipercayai disebabkan oleh spesies alga sama di Greenland.

"Alga itu tidak berbahaya dan ia ialah fenomena semula jadi yang berlaku ketika musim bunga dan musim panas di lintang tengah dan juga di kutub," katanya yang sebelum ini menjalankan kajian terhadap alga di glasier Morteratsch di Switzerland.

Tumbuhan itu dikenali sebagai Ancylonema nordenskioeldii yang turut ditemui di Zon Gelap di Greenland di mana ais mencair.

Kebiasaannya, ais memantulkan lebih 80 peratus sinaran matahari kembali ke atmosfera.

Tetapi, apabila terdapat alga, ia akan menggelapkan ais untuk menyerap haba dan mencair lebih cepat.

Difahamkan, salji akan mencair lebih cepat apabila lebih banyak alga muncul di sesebuah kawasan yang memberikan ia udara dan air yang menyebabkan warna merah pada salji di Passo Gavia pada ketinggian 2,618 meter. - AFP

Artikel Berkaitan: