Maqasid syariah dalam acuan nusantara

Gambar hiasan -Foto 123rf
Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A
A

MENGAPA arak diharamkan? Kerana ia memabukkan. Mengapa minuman yang memabukkan di haramkan? Kerana pengharamannya adalah untuk menjaga akal.

Pengharaman arak ada tujuannya iaitu menjaga akal. Maqasid secara kasarnya merujuk kepada tujuan-tujuan. Bila di kaitkan dengan syariah, ia adalah usaha untuk memahami atau mencungkil tujuan-tujuan di sebalik sebuah hukum Shari'ah.

Ada ilmuwan yang meluaskan wacana maqasid dengan mengaitkannya dengan institusi sosial. Contohnya, bila membincangkan maqasid menjaga akal, wacana hendaklah bukan sekadar berkisar tentang isu arak tetapi juga perlu mendalami isu yang lebih luas iaitu isu institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti yang menjaga akal.

Maka dalam erti kata yang lebih luas, menjaga akal bermakna menilai sistem pendidikan, bukan sekadar mengharamkan penjualan arak dan melaksanakan Hudud ke atas peminum arak. Sekarang wacana maqasid menjaga akal dilihat sebagai wacana membincangkan tentang sistem pendidikan juga.

Penulis ingin melangkah lebih jauh lagi dengan memberi cadangan baharu. Wacana maqasid boleh di luaskan lagi dengan dua langkah berikut.

Langkah pertama, kita gantikan istilah "Menjaga" dengan istilah "Falsafah". Contohnya kita ubah frasa Maqasid Menjaga Akal kepada Maqasid Falsafah Akal. Kita ubah frasa Maqasid Menjaga Diri dengan frasa Maqasid Falsafah Diri.

Langkah kedua ialah kita kaitkan sejauh yang mungkin wacana Maqasid dengan acuan falsafah Nusantara. Sebahagian ulama berpendapat bahawa Maqasid Shari'ah bersifat nisbi (relatif) iaitu boleh berubah mengikut zaman dan tempat. Maka ulama khilaf dari segi jumlah Maqasid. Ibn Ashur menambah maqasid Kebebasan (Hurriyyah). Memperjuangkan kebebasan dan kemerdekaan pada zaman pasca-khilafah patut di utamakan juga supaya umat tidak di tindas oleh Israel.

Bila kita faham Maqasid sebagai nisbi, maka kita berusaha kaitkan maqasid secara nisbi kepada acuan Nusantara. Contohnya, kita luaskan istilah "akal" kepada istilah Melayu "Akal Budi". Maka, Maqasid Menjaga Akal diluaskan kepada Maqasid Falsafah Akal Budi.

Artikel Berkaitan:

Demikian juga, frasa menjaga diri atau jiwa boleh diluaskan kepada falsafah jati diri. Bahkan memandangkan kerosakan akhlak yang begitu teruk di zaman globalisasi ini, maka boleh juga menambah maqasid yang berkait dengan Falsafah Budi Pekerti.

Apa harapan dengan dua langkah baru ini? Saya bagi contoh bagaimana menilai FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan) berdasarkan dua langkah baru ini dalam memahami Maqasid Shari'ah. Langkah pertama ialah bila maqasid di kaitkan dengan Falsafah, kita akan menilai sistem pendidikan berdasarkan Falsafahnya. Setiap sistem sama ada sistem ekonomi atau sistem politik adalah berdasarkan Falsafah tertentu. Maka, perbincangan dengan Maqasid Menjaga Akal atau Falsafah Akal akan mewajibkan kita menilai semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Langkah kedua pula ialah bila kita kaitkan wacana Maqasid Menjaga Akal dengan acuan Nusantara, maka wacana akan berubah kepafa Falsafah Akal Budi. Kita akan mempersoalkan mengapa Falsafah Pendidikan Kebangsaan guna istilah Inggeris iaitu "Intelek", dan bukan istilah "Akal Budi". Wujudkah perbezaan antara dua istilah ini? Mengapa FPK menggunakan istilah "Potensi Individu" dan bukan "Jati Diri" yang lebih bertepatan dengan Maqasid Menjaga Diri (Jiwa) yang berdasarkan Falsafah Jati Diri?

Dengan dua langkah baru ini, di harap Islam sebagai Ad-Din menjadi pusat kepada maqasid-maqasid yang lain dengan mengambil kira falsafah di sebalik institusi-institusi sosial dan memberi perhatian kepada istilah Bahasa Melayu yang berkait dengan istilah falsafah nusantara.

* Xifu Naser ialah Tokoh Pendakwah Perak