Banjir kilat di Shah Alam, ratusan kenderaan terperangkap

Kawasan di sekitar Seksyen 13 Shah Alam ditenggelami air petang tadi.
Kawasan di sekitar Seksyen 13 Shah Alam ditenggelami air petang tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Ratusan kenderaan terkandas dalam kejadian banjir kilat berhampiran sebuah pasaraya di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi.

Video yang tular melalui laman sosial Facebook itu dirakam oleh netizen sebelum dimuat naik dalam laman sosial berkenaan.

Video berdurasi lebih 26 saat itu memaparkan ratusan kenderaan terperangkap dalam banjir kilat selain kawasan sekitar turut ditengelami air selepas hujan lebat lebih sejam.

Bagaimanapun Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan tiada panggilan kecemasan diterima berhubung kejadian banjir kilat di Shah Alam petang tadi.

Dalam pada itu, Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) menerusi kenyataan memaklumkan hujan lebat berserta angin kuat berlaku petang tadi di sekitar Shah Alam.

"Beberapa batang pokok tumbang di beberapa kawasan iaitu di Seksyen 9, 15 dan 32.

Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi.
Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi.

"Anggota Pasukan Pantas dan di Pejabat Cawangan MBSA telah bergegas ke lokasi dan telah mengalihkan pokok yang tumbang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, pengguna jalan raya diminta sentiasa berhati-hati dan memperlahankan kenderaan jika melalui lokasi berlaku kejadian pokok tumbang.

"Hubungi Pasukan PANTAS MBSA di talian 03-55105811 jika berlaku bencana banjir, pokok tumbang dan tanah mendap," katanya.

Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi.
Beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi.