Buaya seberat 150 kilogram dalam kebun sawit

Anggota bomba dan penyelamat mengangkat buaya yang berjaya diikat di Kampung Linau Kecil Laut, Batu Pahat petang tadi.
Anggota bomba dan penyelamat mengangkat buaya yang berjaya diikat di Kampung Linau Kecil Laut, Batu Pahat petang tadi.
A
A
A

BATU PAHAT- Seekor buaya seberat 150 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kampung Linau Kecil Laut di sini petang tadi.

Reptilia sepanjang tiga meter itu disedari berada dalam kebun kelapa sawit berhampiran sebuah anak sungai oleh seorang pekerja kebun yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Pegawai Bomba Kanan II Zulfadli Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung penemuan buaya tersebut pada jam 3.21 petang.

Beliau berkata, seramai 12 anggota bomba bersama satu unit jentera EMRS serta dua unit RIM bermotosikal bomba ke lokasi kejadian bagi menangkap buaya berkenaan.

Anggota bomba dan penyelamat mengangkat buaya yang berjaya diikat di Kampung Linau Kecil Laut, Batu Pahat petang tadi.
Anggota bomba dan penyelamat mengangkat buaya yang berjaya diikat di Kampung Linau Kecil Laut, Batu Pahat petang tadi.

"Operasi menjinakkan dan menangkap buaya itu menggunakan peralatan pencerut serta tali menyelamat. Dalam tempoh 30 minit buaya operasi berjaya dilakukan dengan kaki hadapan dan belakang serta mulut buaya tersebut diikat supaya ia tidak bergerak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Zulfadli berkata, buaya berkenaan dibawa keluar dari kawasan kebun kelapa sawit itu dalam keadaan selamat.

"Buaya itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Batu Pahat," katanya.

Artikel Berkaitan: