Usahawan tempatan ada peluang berniaga di Olimpik Tokyo 2020

Hasnul Zulkarnain berucap pada program berkenaan.
Hasnul Zulkarnain berucap pada program berkenaan.
A
A
A

IPOH - Golongan usahawan di negeri ini berpeluang untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan halal sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, peluang berkenaan dilihat menerusi lawatan Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Asmuni Awi ke Jepun baru-baru ini.

Menurut Hasnul Zulkarnain, peluang sedemikian perlu dimanfaatkan golongan usahawan di negeri ini khususnya perniagaan yang berasaskan makanan.

“Saya difahamkan, lawatan ke Jepun dibuat bagi melihat dan berkongsi keadaan di sana.

“Akan ada lawatan susulan dan selepas itu mereka akan berkongsi apakah peluang-peluang yang boleh disertai oleh usahawan, tetapi dengan fokus kepada hub makanan halal itu sendiri,” katanya katanya pada sidang media sempena program Perdasama dan Unifi Networking Hi Tea di MH Hotel Sungai Siput, hari ini.

Sementara itu Hasnul Zulkarnain berkata, golongan usahawan yang berminat boleh menghubungi agensi-agensi di peringkat kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat berhubung perkara berkenaan.

“Orang ramai juga boleh berhubung dengan kita untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung perkara ini.

"Kalau bukan sekarang, bila lagi peluang begini akan ada," katanya.

Artikel Berkaitan: