Tidak boleh cium Kaabah, Hajarul Aswad

Umat Islam pada tahun ini perlu mengerjakan ibadat haji mengikut protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi. - Foto AFP
Umat Islam pada tahun ini perlu mengerjakan ibadat haji mengikut protokol kesihatan yang dikeluarkan oleh Arab Saudi. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH - Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Kebangsaan Arab Saudi mengeluarkan protokol kesihatan khas untuk jemaah haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette pada 5 Julai lalu.

Menurut protokol itu, jemaah haji tidak dibenarkan untuk menyentuh dan mencium Kaabah dan Hajarul Aswad atau Batu Hitam dan mereka perlu menggunakan batu yang sudah dinyahkumankan ketika melontar jamrah.

Peraturan itu juga menyatakan sebarang kemasukan ke Mina, Muzdalifah dan Padang Arafah tanpa permit haji akan dilarang bermula 19 Julai hingga tamat 12 Zulhijjah iaitu hari kelima untuk para jemaah haji.

Jika mana-mana jemaah haji didapati mempunyai simptom koronavirus (Covid-19) ketika mengerjakan haji, mereka hanya akan dibenarkan menunaikan ibadat tersebut selepas penilaian perubatan ibadat dibuat oleh doktor.

Bangunan-bangunan kediaman, pengangkutan dan jadual perjalanan yang sesuai dengan situasi para jemaah haji akan disediakan.

Mana-mana jemaah yang mempunyai simptom selesema seperti suhu badan tinggi, batuk, tekak kering atau kehilangan bau rasa dan rasa tidak akan dibenarkan untuk mengerjakan ibadat tersebut sehingga mereka sembuh.

Jemaah haji diwajibkan memakai pelitup muka dan melupuskannya dengan cara yang sesuai di tempat-tempat yang dikhaskan.

Jemaah haji yang menunggu di tempat-tempat perkumpulan yang ditetapkan dan menerima dan mengendalikan beg di restoran akan diberikan pelekat atau tanda yang kelihatan bagi memastikan mereka berada dalam jarak 1.9 meter antara dua individu.

Artikel Berkaitan:

Pengambilan air minuman dan air zamzam untuk setiap individu dibenarkan untuk satu bekas sahaja.

Semua peti sejuk di Masjidilharam di Makkah dan tempat-tempat suci akan dipindahkan.

Hanya makanan segera yang dipakejkan disediakan, berasingan daripada jemaah lain.

Para jemaah juga mesti tinggal di kawasan yang ditentukan oleh pengendali haji di Padang Arafah dan Muzdalifah.

Bilangan jemaah haji pula mesti tidak lebih daripada 10 orang bagi setiap 50 meter persegi di kawasan perkhemahan di Padang Arafah.

Jemaah haji yang melontar jamrah pula disediakan dengan batu kecil yang dinyahkumankan dan diletakkan dalam beg yang berbalut.

Para jemaah perlu bergerak ke tempat melontar jamrah mengikut jadual mereka bagi membolehkan bilangan orang yang melontar batu tidak melebihi 50 jemaah bagi setiap tingkat kompleks jamrah.

Mereka perlu mengekalkan penjarakkan sosial antara 1.5 meter hingga dua meter antara dua jemaah haji ketika melontar batu dan perlu berada sekurang-kurangnya 1.5 meter antara dua jemaah haji ketika melakukan tawaf.

Pengawal keselamatan akan memantau bagi memastikan jemaah haji mengikut peraturan penjarakkan sosial.

Kawasan mataf (kawasan mengelilingi Kaabah) dan masa iaitu larian kecil-kecilan antara Safa dan Marwah akan dinyahkumankan sebelum dan selepas ia dilakukan seperti dinyatakan dalam protokol tersebut.

Sebelum ini, Arab Saudi mengumumkan akan mengehadkan kurang 10,000 jemaah haji tempatan termasuk umat Islam yang berada di negara itu untuk mengerjakan haji berbanding 2.5 juta pada tahun lalu berikutan pandemik Covid-19. - Agensi