X

Kindly register in order to view this article
!

UniMAP terima sumbangan peralatan industri bernilai RM2.1 juta

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dipersembahkan taklimat ringkas berkaitan peralatan industri syarikat WCOE sempena lawatan ke premis berkenaan.
A
A

SEBERANG PERAI - Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima sumbangan peralatan industri bernilai RM2.1 juta daripada beberapa buah syarikat industri untuk dimanfaatkan oleh pelajar dan staf akademik bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, hubungan akrab antara UniMAP dengan pihak industri menyebabkan universiti berkenaan dipilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

Baginda bertitah, antara peralatan tersebut ialah ‘CPU Workstation’ dan ‘Die Attach Machine’ daripada Inari Amerton Berhad; dua unit robot Industrial Scara daripada Walta Engineering Sdn. Bhd.; 10 unit enjin daripada Modenas Sdn Bhd; ‘Lab Management Software and Hardware’ daripada Keysight Technologies Malaysia Sdn. Bhd dan pelbagai lagi.

“Pada tahun lalu, tiga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) industri terlibat dengan program bersama UniMAP, iaitu [email protected], membabitkan Lynn Olson (Naib Presiden Intel), Tan Soon Keong (Pengarah Kejuruteraan Infenion) dan Munawir Ab Ghani (Naib Presiden Silterra) bagi memberi peluang kepada UniMAP untuk lebih akrab dengan industri,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Canselor UniMAP bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengadakan lawatan kerja industri bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil ke Penang Automation Cluster (PAC) dan Walta Engineering Sdn Bhd di Seberang Perai, semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Urusan WCOE, Goh Kheng Sneah dan Pengarahnya, Thean Lye Ong.

Hadir sama, Penasihat WCOE yang juga bekas Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti serta bekas Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Emeritus Ir Dr Ts Kamarudin Hussin, serta delegasi UniMAP diketuai Naib Canselor, Prof Ir Ts R Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, UniMAP turut menerima dana dari industri, membabitkan 33 geran industri bernilai RM 4,435,150 dari Funfiek Technology, Tin Solder Technology, Flextronic serta Geran Sepadan MTUN-Industri.

Baginda berdua turut berkenan menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Walta Centre of Excellence (WCOE) ditandatangani oleh Kheng Sneah dengan syarikat ditubuhkan UniMAP, Haas Solutions Sdn. Bhd yang diwakili Pengarah Urusannya, Muhammad Azizi Azizan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!