Padah tangkap ikan tanpa permit

Maritim menahan empat awak-awak warga asing.
Maritim menahan empat awak-awak warga asing.
A
A
A

LANGKAWI - Empat awak-awak asing ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kedah dan Perlis kira-kira 8 batu nautika barat Pulau Rebak, kelmarin .

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said berkata, Pusat Operasi Maritim (Langkawi) menerima aduan dari komuniti maritim yang memaklumkan terdapat bot nelayan tempatan yang menggunakan pekerja warga asing sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan cara merawai.

Katanya, pihaknya mendapati empat awak-awak warga asing berada dalam sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran sedang merawai ikan di lokasi terbabit kira-kira jam 6.35 petang ketika pemeriksaan dijalankan.

Peta menunjukkan lokasi penahanan awak-awak terbabit.
Peta menunjukkan lokasi penahanan awak-awak terbabit.

"Melalui pemeriksaan, kita mendapati kesemua awak-awak warga Myammar itu memiliki kad UNHCR dan tidak memiliki permit kerja yang sah.

"Malah, awak-awak berusia antara 28 hingga 43 tahun didapati gagal mempamerkan sebarang dokumen bot gentian kaca tersebut, sekali gus disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan akta-akta berkaitan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak merampas bot gentian kaca bersama set alatan menangkap ikan jenis rawai anggaran 500 bilah mata rawai itu.

Menurut Rozali, kesemua awak-awak turut ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya berharap orang ramai terutamanya komuniti nelayan berkerjasama untuk melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara ini segera.

Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis (Langkawi) di talian 04-9662750.