PKPP: Kedah benar rumah ibadat bukan Islam beroperasi

Robert Ling ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan berhubung SOP Rumah Ibadat dan Upacara Perkahwinan Bukan Islam di Wisma Persekutuan Selasa lalu.
Robert Ling ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan berhubung SOP Rumah Ibadat dan Upacara Perkahwinan Bukan Islam di Wisma Persekutuan Selasa lalu.
A
A
A

SUNGAI PETANI- Aktiviti membabitkan rumah ibadat termasuk majlis perkahwinan bukan Islam di Kedah dibenarkan beroperasi berkuatkuasa hari ini.

Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam, Dr Robert Ling Kui Ee berkata, aktiviti seperti itu dibenarkan beroperasi seperti biasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat penyelarasan antara jabatan terlibat berhubung SOP pembukaan rumah ibadat dan upacara perkahwinan bukan Islam di Kedah, yang dikuatkuasakan, hari ini.

"Majlis perkahwinan bukan Islam boleh dilangsungkan sama ada oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Kedah atau mana-mana Pegawai Pendaftar Perkahwinan bukan Islam yang ditauliahkan oleh JPN,"katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, penganjuran majlis atau upacara keagamaan mestilah mematuhi sepenuhnya SOP yang berkuatkuasa dari masa ke masa.

"Segala SOP perlu dipatuhi termasuk pemakaian topeng muka, penjarakkan sosial dan langkah keselamatan lain yang disyorkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan MKN," katanya.

Artikel Berkaitan: