X

Kindly register in order to view this article
!

53 motosikal hanya tinggal rangka

Hassan (kanan) bersama Shafie (tengah) meninjau kawasan garaj motosikal yang musnah dalam kebakaran di PPR Gombak Setia, Setapak di sini awal pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Lena penduduk Blok 41 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Setapak di sini diganggu dengan beberapa bunyi letupan selepas garaj motosikal di perumahan itu terbakar, awal pagi tadi.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Gombak Setia, Hassan Abu Bakar berkata, dia terjaga daripada tidur pada jam 4.50 pagi apabila terdengar bunyi kecoh.

"Rumah saya di tingkat 11, bila jenguk dari balkoni, kelihatan api sudah menjulang marak membakar tempat letak motosikal hingga terasa bahang yang cukup panas.

"Memang tak boleh dekat, jadi apa yang kami boleh buat ialah sembur air pili bomba dari atas ke arah garaj motosikal yang sedang terbakar itu," katanya kepada Sinar Harian di lokasi kejadian, hari ini.

Sebanyak 53 buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran garaj motosikal di Blok 41 PPR Gombak Setia hari ini.
Sebanyak 53 buah motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran garaj motosikal di Blok 41 PPR Gombak Setia hari ini.

Menurut Hassan, bahang api yang membakar itu turut mengakibatkan kereta yang parkir berhampiran garaj motosikal turut terjejas.

"Kami cuba meredakan api sehinggalah pihak bomba sampai, namun tiada apa yang tinggal semua tak sempat diselamatkan dan ini tragedi pertama paling buruk pernah berlaku di perumahan ini sejak ia dibuka pada awal tahun 2000," katanya lagi.

Menurut Hassan, mangsa yang terlibat sepakat menyerahkan kes berkenaan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan siasatan lanjut meskipun banyak spekulasi bertebaran berhubung punca kejadian itu.

Kereta yang diparkir berhampiran garaj motosikal turut terjejas.
Kereta yang diparkir berhampiran garaj motosikal turut terjejas.

"Kami bersyukur kerana tiada kecederaan dan kemalangan jiwa disebabkan kejadian ini kerana lokasi terletak begitu hampir dengan blok kediaman," katanya.

Sementara Itu Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Mohd Shafie Abdullah yang melawat ke lokasi kejadian turut berjanji akan membantu mangsa dalam proses tuntutan insurans melalui khidmat guaman yang dibiayai oleh UMNO Wangsa Maju.

"Saya dah minta wakil penduduk mengumpul data mangsa untuk diserahkan kepada kami untuk proses seterusnya termasuk permohonan bantuan sementara dari Yayasan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kebajikan (JKM) dan Baitulmal," katanya.

Kereta yang diparkir berhampiran garaj motosikal turut terjejas.
Kereta yang diparkir berhampiran garaj motosikal turut terjejas.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletak di kawasan parkir Bok 41 PPR Gombak Setia di sini terbakar hari ini.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zaid Zainal berkata, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.05 pagi.

“Seramai 24 anggota dan pegawai dengan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak bergegas ke lokasi kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: 53 motosikal, lapan kereta terbakar


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf