X

Kindly register in order to view this article
!

LKIM pohon peruntukan tambahan RM2 juta mantapkan pasukan Kesan

Othman (dua kiri) menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada Hazahar ketika menziarahinya di Kedai Buloh hari ini.
A
A

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memohon peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke -12 bagi memantapkan fungsi penubuhan Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kesan) di negara ini.

Ketua Pengarahnya, Othman Abdul Latiff berkata, pada tahun sebelumnya LKIM menerima peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk menggerakkan pasukan Kesan yang melakukan aktiviti menyelamat di lautan.

Katanya, nelayan mempunyai pengalaman di laut dan boleh bekerjasama dengan pasukan keselamatan lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malayasia (JBPM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kami menyasarkan dalam tempoh dua tahun ini LKIM dapat melahirkan 1,000 nelayan penyelamat terlatih di negara ini sekaligus boleh membantu komuniti mereka,” katanya kepada media di Kedai Buloh hari ini.

Terdahulu beliau melawat dua mangsa bot terbalik yang berlaku pada Isnin lalu di Perairan Kemasin, Bachok iaitu, Hazahar Mat Sanisah, 48 dan Hassan Bakar, 50-an antara 12 yang terselamat.

Dalam kejadian jam 8.30 malam yang membabitkan 20 pemancing termasuk seorang tekong itu, 12 daripadanya terselamat manakala lapan lagi maut setelah bot dibadai ribut.

Mengulas lanjut, Othman juga memberitahu, latihan lanjutan kali ini selain membabitkan bimbingan JBPM, keupayaan pasukan itu juga akan ditingkatkan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia.

Kesan ditubuhkan pada 2017 yang mana merupakan penjenamaan daripada Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) diwujudkan tahun 2013 dan dianggotai secara sukarela melibatkan ahli nelayan tanpa dibayar gaji.

Othman berkata, begitu juga dengan operasi SAR terhadap tragedi yang berlaku Isnin lalu, LKIM turut mengarahkan Pasukan Kesan di negeri ini terlibat dalam operasi ini.

“Alhamdulillah dengan bantuan pihak berkuasa pasukan kita menemui mayat yang hilang dan melakukan operasi SAR,” katanya.

Katanya juga, sebanyak RM5,000 dikhaskan untuk mengendalikan operasi SAR melibatkan perbelanjaan petrol dan makanan kepada petugas terlibat.

Sementara itu, pada lawatan tersebut Othman turut menyampaikan sumbangan kilat berjumlah RM1,000 seorang selain sumbangan makanan dan menampung kos membaik pulih bot sebanyak RM14,000.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf