Kluster Sri Petaling dijangka tamat dalam masa terdekat

Dr Noor Hisham mengakui sekiranya kluster tabligh dapat ditamatkan, ia kejayaan bersepadu KKM dan agensi terlibat dalam mengesan peserta perhimpunan itu.
Dr Noor Hisham mengakui sekiranya kluster tabligh dapat ditamatkan, ia kejayaan bersepadu KKM dan agensi terlibat dalam mengesan peserta perhimpunan itu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kluster koronavirus (Covid-19) terbesar di negara ini membabitkan perhimpunan tabligh di Sri Petaling dijangka tamat dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia berikutan tiada kes baharu direkodkan dalam tempoh 14 hari berturut-turut dan hanya satu kes aktif sedang dirawat di hospital.

"Kita jangka dalam tempoh seminggu dua ini kita dapat tamatkan pengawasan kluster ini," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di sini.

"Sekiranya kluster tersebut dapat ditamatkan, ia merupakan kejayaan bersepadu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi terlibat dalam mengesan peserta perhimpunan itu.

"KKM juga mendapat kerjasama baik daripada tabligh yang turut tampil ke pusat kesihatan untuk membuat saringan," katanya.

Mengimbau kembali perjalanan Kluster Perhimpunan Sri Petaling, beliau berkata, KKM dimaklumkan mengenai perkara itu selepas lapan hari perhimpunan tersebut selesai.

"Difahamkan 16,000 telah menghadiri perhimpunan itu dan 14,500 adalah peserta dalam negara yang telah pun pulang ke rumah masing-masing," kata beliau lagi.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 3,375 kes positif Covid-19 direkodkan dalam kluster tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sebanyak 3,340 kes disahkan pulih manakala 34 telah meninggal dunia. Setakat tengah hari ini, sebanyak 42,023 bilangan sampel diambil daripada kluster berkenaan.

"Kes positif kluster ini telah menjangkiti lima generasi," katanya.