Pas tidak pernah rancang guna lambang lain

Tuan Ibrahim (tiga, kanan) melihat benteng pemecah ombak yang dibina sendiri penduduk selepas hakisan pantai di Pantai Rusila hari ini.
Tuan Ibrahim (tiga, kanan) melihat benteng pemecah ombak yang dibina sendiri penduduk selepas hakisan pantai di Pantai Rusila hari ini.
A
A
A

MARANG - Pas belum membincangkan penggunaan lambang lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang dan tidak pernah merancang untuk berbuat demikian buat masa ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, walaupun ada mesyuarat jawatankuasa bersama yang membuat keputusan di peringkat Muafakat Nasional namun belum ada sebarang perbincangan berkaitan lambang parti.

"Bagaimanapun, kita akan ada mesyuarat pada Rabu ini untuk membincangkan persiapan bagi menghadapi PRU15.

"Setakat ini kita belum membuat keputusan terhadap mana-mana (penggunaan lambang), sebab kita perlu mantapkan jentera parti," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke lokasi hakisan di Pantai Rusila di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa pemimpin UMNO yang menolak penggunaan lambang lain selain BN dalam PRU15.

Yang turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Terbaru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut bersuara dan menyatakan bukan mudah untuk BN menggunakan lambang lain walaupun pernah melalui pasang surut.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, satu program yang menghimpunkan Ketua Bahagian UMNO dan Yang Dipertua Pas Kawasan telah diadakan semalam bagi memberi taklimat mengenai pembentukan Muafakat Nasional di peringkat kebangsaan, negeri dan ke peringkat kawasan.

Artikel Berkaitan:

Sementara di peringkat Perikatan Nasional (PN), Tuan Ibrahim berkata, Majlis Presiden yang melibatkan semua parti komponen akan menyelesaikan semua masalah berbangkit.

"Kami akan keputusan yang dibuat dalam Majlis Presiden. Kita juga bersedia jika pilihan raya umum diadakan," katanya.

Setakat ini, PN belum didaftarkan secara rasmi dan beberapa pemimpin kanan UMNO sebelum ini dilihat keberatan untuk ke arah itu.