UMNO tarik balik permohonan hina mahkamah terhadap CIMB

Tania (kiri) ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Tania (kiri) ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO menarik balik permohonan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap CIMB Bank di Mahkamah Tinggi di sini selepas parti itu mendapat semula akses akaun banknya yang dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan itu selepas peguam, Tania Scivetti yang mewakili UMNO memaklumkan perkara tersebut hari ini.

Perbicaraan sepatutnya berlangsung hari ini.

Peguam CIMB, Rabindra Nathan berkata, UMNO telah diberi akses ke akaunnya sejak Jumaat lalu.

“Akaun itu tidak lagi dibekukan pada jam 2.22 petang pada 3 Julai lalu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN - UMNO kemuka permohonan hina mahkamah terhadap CIMB

Pada 2 Julai lalu, UMNO memohon memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap CIMB atas dakwaan bahawa bank itu tidak mematuhi keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 19 Jun lalu.

Pada 19 Julai lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan pasukan pendakwaan untuk menggantung keputusan pelucutan hak.

Pada 7 Februari lalu, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan kerajaan untuk melucutkan wang daripada UMNO berjumlah RM192.9 juta, daripada Wanita MCA berjumlah RM300,000 dan dua syarikat iaitu daripada Binsabi Sdn Bhd sebanyak RM827,250 serta Perano Sdn Bhd sebanyak RM337,634.78.

Artikel Berkaitan:

Hakim membuat keputusan itu dengan alasan bahawa wang itu tidak boleh dikatakan secara meyakinkan berasal daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tidak ada bukti bahawa wang tersebut berasal daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Permohonan pelucutan yang diajukan sesuai dengan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Anti-Keganasan dan Hasil Kegiatan Tidak Sah 2001.