Tampil ciri 'Dark Mode'

No Image Caption
A
A
A

KAJIAN pakar perubatan mata ada mengatakan melihat skrin komputer atau skrin telefon pintar terlalu lama tanpa kawalan boleh memudaratkan kesihatan mata malah mengundang kerosakan pancaindera utama kita.

Bermula dengan sakit kepala, pening serta silau, jika tidak dikawal penggunaannya, penglihatan perlahan-lahan menjadi kabur. Simptom itu juga sebenarnya adalah tanda-tanda awal mata akan menjadi rabun!

Inisiatif dalam menjaga deria penglihatan, Sinar Harian memperkenalkan Mobile App dalam gaya terbaharu berkonsepkan Dark Mode, khusus untuk keselesaan mata pembaca.

Menariknya, Mobile App ini dihasilkan menggunakan teknologi User Interface (UI) dengan reka bentuk menakjubkan berlatarbelakangkan skrin gelap bagi mengelak berlaku kerosakan organ berkenaan.

Hanya tekan ikon ‘mentol’ yang disediakan di bahagian atas, latar belakang skrin bertukar gelap. Mata anda akan terasa lega dan selesa serta merta!

Aplikasi ini juga mesra pengguna pelbagai peringkat usia.

No Image Caption

Untuk menambah keselesaan mata terutama dalam kalangan warga emas, terdapat butang tambah dan tolak di bahagian bawah skrin berfungsi membesar atau mengecilkan saiz teks yang ingin dibaca.

Artikel Berkaitan:

Jadi, anda boleh meluangkan seberapa lama untuk membaca berita atau rencana yang disediakan di dalam Mobile App Sinar Harian ini tanpa rasa bimbang.

Susun subjek kesukaan anda

Bukan sekadar berita tetapi semua maklumat ada! Banyak segmen disediakan. Antara segmen utama yang dipaparkan ialah Terkini, Nasional, Politik, Jenayah, Mahkamah, Tragedi, Viral, Fakta Auta, Warna-Warni Kehidupan, Edisi, Bisnes, Global, Sukan, Hiburan dan Kolumnis.

Anda juga boleh memilih sumber bacaan tambahan antaranya segmen Agama, Analisa Semasa, Analisa Sinar, Audio Buzz, Bicara Duta, Bicara Minda, Cakaplah dan Debat.

Lebih menarik lagi, anda boleh menyusun dan menetapkan subjek berita atau segmen mengikut kesukaan. Bagi yang inginkan skop bacaan lebih meluas, terdapat juga segmen Khas, Eksklusif dan Covid19 Statistik terkini sebagai rujukan.

Anda yang terlepas menonton video-video menarik dan terkini pula jangan rasa ketinggalan kerana ia boleh ditonton menerusi ruang video yang disediakan.

No Image Caption

Tekan butang sebar

Seiring dengan matlamat utama akhbar iaitu Telus dan Tulus, kesemua isi kandungan berita yang disiarkan di semua platform Sinar Harian termasuk di Mobile App adalah tepat dan terkini.

Oleh itu, usah bimbang tentang kesahihannya! Malah, kesemua berita yang dibaca boleh dikongsi semula ke mana-mana saja platform media sosial lain dengan hanya menekan butang ‘sebar’ yang disediakan.

Mudah bukan? Jadi, buat apa nak tunggu lagi?

Muat turun segera Mobile App SinarHarian versi gelap pertama anda dari Google Play Store dan App Store.

Jangan tunggu hingga esok atau lusa! Muat turun sekarang. Sebarang maklumat boleh layari laman web www.sinarharian.com.my.

No Image Caption