Penyeludup leka punggah barang

Beras seludup dari negara jiran dirampas pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya.
Beras seludup dari negara jiran dirampas pihak berkuasa untuk siasatan selanjutnya.
A
A
A

TUMPAT - Sekumpulan penyeludup yang leka memunggah barangan makanan sejuk beku dan beras menggunakan bot di pangkalan haram Jambatan Sungai Mentua di sini diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 hari ini.

Serbuan Op Benteng Covid itu dilakukan pada jam 1.41 pagi dan merampas barangan bernilai RM9,124.40.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, kegiatan penyeludupan itu disedari ketika rondaan bermotosikal di Kuala Jambu.

“Mereka terdengar enjin bot dan berlaku aktiviti pemunggahan guni putih dalam keadaan mencurigakan ke dalam sebuah stor kayu di pangkalan haram itu.

“Apabila anggota menghampiri stor tersebut sambil memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kanan Polis, sekumpulan lelaki bertindak melarikan diri ke kawasan semak yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke dalam stor menemui guni mengandungi pelbagai jenis makanan sejuk beku seperti sosej, dim sum, burger dan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand.

"Berdasarkan siasatan barangan dipercayai diseludup dari negara jiran melalui pangkalan haram untuk pasaran tempatan dan mahu mengelakkan daripada cukai.

“Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967 dan Sek 11 (1) Akta Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) 2011,” katanya

Artikel Berkaitan:

Makanan sejuk beku yang dibawa masuk secara haram menggunakan bot di pangkalan haram sempadan negara.
Makanan sejuk beku yang dibawa masuk secara haram menggunakan bot di pangkalan haram sempadan negara.