Tuntutan zakat: Pengerusi pertubuhan asrama anak yatim direman

Suspek berusia 59 tahun diperintah reman selama 6 hari untuk siasatan pemalsuan dokumen permohonan bantuan wang zakat Maidam, dua tahun lalu.
Suspek berusia 59 tahun diperintah reman selama 6 hari untuk siasatan pemalsuan dokumen permohonan bantuan wang zakat Maidam, dua tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pengerusi pertubuhan asrama anak yatim di negeri ini direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan pemalsuan dokumen bantuan wang zakat bernilai RM116,640, dua tahun lalu.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Kuala Terengganu, Wan Aziantie Ab Karim@Isa bagi membolehkan siasatan dilakukan polis di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Semalam, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan kira-kira jam 5 petang di pejabat SPRM negeri selepas hadir memberi keterangan berkaitan kes pemalsuan dokumen permohonan bantuan wang zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Difahamkan, suspek dikatakan mengemukakan satu dokumen permohonan bantuan wang zakat kepada Maidam yang mengandungi butir matan yang palsu bernilai RM116,640 pada 2018.

Artikel Berkaitan: