MARDI bantu usahawan komersial produk

Norasmah Abd Ghani
Norasmah Abd Ghani
A
A
A

ALOR GAJAH - Teknologi pemprosesan produk berasaskan minyak pati yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) Kuala Linggi di sini memberi peluang kepada usahawan tempatan mengkomersialkan produk masing-masing.

Peserta inkubator MARDI Kuala Linggi, Norasmah Abd Ghani, 57, berkata, minat yang mendalam terhadap herba mendorongnya menjadi peserta Inkubator MARDI.

“Saya menghasilkan produk berasaskan minyak pati dalam bentuk sabun, gel mandian, syampu dan penyembur yang diperbuat daripada minyak serai.

“Sudah lapan tahun saya menghasilkan produk bersama teknologi MARDI. Sambutannya menggalakkan berikutan terdapat pelbagai khasiat yang ada dalam setiap produk yang dihasilkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Pemilik Syarikat Janji Jitu Sdn Bhd itu turut gembira kerana diberi peluang untuk mengkomersialkan produknya.

“Besar harapan saya supaya produk ini terus berkembang dan dengan adanya teknologi daripada MARDI sekali gus ia dapat memasarkan produk saya sehingga pasaran luar,” katanya yang turut dibantu oleh anaknya, Muhammad Danial Ibrahim, 25.

Mohamad Rozi Mohamad Nugelah
Mohamad Rozi Mohamad Nugelah

Sementara itu, seorang lagi usahawan di Inkubator MARDI Kuala Linggi, Mohamad Rozi Mohamad Nugelah, 52, berkata, Essfa Agriculture Sdn Bhd yang diusahakannya merupakan syarikat terawal di Malaysia yang berjaya menghasilkan minyak pati berkualiti memenuhi kualiti piawaian antarabangsa.

Artikel Berkaitan:

“Pasaran minyak pati yang dihasilkan kini telah menembusi pasaran Itali manakala rangkaian produk daripada minyak pati ini telah berjaya dipasarkan sehingga ke Turki dan Myanmar. Pasaran di Bangladesh pula dalam proses perbincangan.

“Sepanjang bersama MARDI, banyak kelebihan dan kebaikan yang saya peroleh. Daripada saya tidak tahu teknologi know how, produk know how, sehingga hari ini saya boleh jelaskan apa itu minyak pati, apa itu minyak aroma dan apa khasiat setiap jenis minyak pati,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Potensi besar industri minyak pati