X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: UAE umum rombakan kerajaan

50 peratus pusat perkhidmatan kerajaan dimansuhkan dan bakal ditukar kepada platform digital dalam masa dua tahun. Gambar kecil: Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Gambar kecil: Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
A
A

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad mengumumkan rombakan kerajaan besar-besaran yang menyaksikan gabungan beberapa kementerian dan jabatan selain pelantikan Menteri Ekonomi dan Industri yang baharu, lapor agensi berita Xinhua.

Rombakan itu diumumkan Perdana Menteri, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum di akaun Twitter rasminya.

Langkah berkenaan sebagai sebahagian usaha mewujudkan kerajaan yang lebih cekap di tengah-tengah penularan wabak Covid-19.

"Matlamat kami daripada perubahan itu, ia akan membentuk pentadbiran yang lebih cekap dan pantas dalam membuat keputusan," katanya.

Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan kementerian baharu iaitu Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maju dan melantik ketua syarikat minyak Abu Dhabi ADNOC Sultan al-Jaber sebagai menterinya.

Selain itu, 50 peratus pusat perkhidmatan kerajaan dimansuhkan dan bakal ditukar kepada platform digital dalam masa dua tahun.

UAE negara Teluk pertama melaporkan kes Covid-19. Pada Ahad, negara itu mengumumkan 683 kes baharu, menjadikan jumlah kes disahkan sebanyak 51,540. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf