PH Johor wujudkan Kabinet Bayangan

Kenyataan PH Johor yang dikeluarkan malam tadi.
Kenyataan PH Johor yang dikeluarkan malam tadi.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Pakatan Harapan (PH) Johor akan mewujudkan Kabinet Bayangan dalam memainkan peranan semak dan imbang terhadap polisi dan dasar kerajaan negeri pada masa kini.

PH Johor dalam satu kenyataan melibatkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menyatakan keputusan mewujudkan kabinet bayangan itu dicapai menerusi mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan PH negeri yang diadakan semalam.

"Mengambil kira kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sudah tidak lagi menjadi sebahagian daripada komponen PH, penyusunan semula struktur kepimpinan ahli jawatankuasa di semua peringkat di negeri Johor akan dilakukan.

"Senario semasa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil memungkinkan berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 dalam masa terdekat.

"Justeru, jentera bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen akan diwujudkan bagi memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku pada bila-bila masa," katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Tambahnya, PH Johor juga akan memperkemaskan gerak kerja bersepadu melibatkan parti-parti komponen di peringkat akar umbi serta melipat gandakan usaha untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Artikel Berkaitan: