Kalau sakit saya buat pembedahan: Aaron Aziz

39
39
A
A
A

PELAKON terkenal, Datuk Aaron Aziz berkongsi apabila dia jatuh sakit meskipun selsema sahaja namun anak bongsunya, Dahlia Arissa, 8, begitu mengambil berat.

Menurut Aaron, 42, dua lagi anaknya Danish Anaqi, 14, dan Ariana, 12 sudah faham dan percaya akan kemampuannya.

"Yang pertama dan kedua tu tak risau sangat sebab mungkin mereka sudah dewasa dan pernah tengok bapa dia sakit macam mana.

"Kalau yang kecil tu, sakit sikit macam selsema pun dia ambil berat. Sampai set dia suruh maklumkan (sms), bila saya balik dia tanya khabar dan buatkan air," katanya kepada Sinar Harian.

38
38

Aaron mengulas pertanyaan ketika ditanya mengenai respon anak-anak ketika melihat dia sakit.

Terdahulu, Aaron ditemui dalam keadaan demam di lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh di Kapar, Klang berkata, ini bukan kali yang pertama dia demam ketika menjalani penggambaran.

Malah sebelum ini akuinya lebih teruk sehingga dimasukkan ke hospital.

Artikel Berkaitan:

"Lama juga saya tak bekerja bertindih macam sekarang ini. Waktu yang sama saya tengah menjalani lagi satu drama, Jodoh-Jodoh Anisa, saya bergilir-gilir tukar lokasi.

"Faktor cuaca pula siang-malam berlakon, itu yang saya demam, sana watak lain sini watak lain.

"Mula-mula demam sebab anak pertama sakit, saya jaga dia, mungkin jangkit. Kalau sakit, saya akan sakit teruk, buat masa ini boleh kawal lagi setakat demam saya tetap teruskan juga.

"Dulu pernah demam sampaikan masuk hospital sebab demam panas cecah 41 darjah selsius. Badan tak boleh gerak dan nak jalan pun susah," jelasnya.

Berkongsi mengenai tahap kesihatan sakit tulang belakang bahagian leher, bercakap kepada Sinar Harian, buat masa ini Aaron masih ditahap mampu menanggung sakit yang dialami.

"Saya akan cuba elak daripada melakukan kerja yang berat.

"Kalau saya tahu nak buat aksi lasak saya akan fikir dua kali dan bersiap sedia, kalau salah pusing leher pun boleh kena juga, sangat sensitif.

"Buat masa ini tahap kesihatan saya kalau nak hilang kena jalani pembedahan keluarkan saraf yang tersepit tu, tapi saya tak nak sebab takut.

"Lagipun saya boleh bertahan lagi, kalau tak tahan sangat nanti saya akan pertimbangkan untuk buat.

"Sekarang alhamdulillah, kalau sakit ada dua tiga hari hilang lah," ujarnya.

Mengenai kerjaya lakonan, Aaron kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri 20 episod arahan Along Kamaludin selaku watak utama dan digandingkan dengan rakan artis seperti Fasha Sandha.

Selain Aaron, Fasha, antara barisan pelakon lain terdiri daripada Amelina, Elly Mazlein, Jalil Hamid dan ramai lagi.