10 jalan utama kerap kemalangan di KL

Hafizh Syahrm dilantik sebagai duta dan ikon Kempen Keselamatan Balik Kampung Bermotosikal PROVITON dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.
Hafizh Syahrm dilantik sebagai duta dan ikon Kempen Keselamatan Balik Kampung Bermotosikal PROVITON dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 laluan utama di ibu negara dikenal pasti sebagai lokasi ‘hot spot’ yang kerap berlaku kemalangan.

Ia terdiri daripada Jalan Kepong, Jalan Cheras, Jalan Ipoh, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Jalan Klang Lama, Jalan Duta dan Jalan Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, lokasi itu berdasarkan statistik dan kajian terhadap kes kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat tahun lalu.

Menurutnya, susulan itu tumpuan akan diberikan pada jalan-jalan berkenaan dalam usaha memastikan kemalangan dapat dikurangkan.

“Jalan-jalan ini merupakan antara jalan yang mempunyai jumlah kenderaan yang banyak seperti Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi dan Jalan Klang Lama. Jadi kadar kemalangan yang berlaku adalah tinggi.

“Untuk Op Selamat Tahun Baru Cina ini, Polis Kuala Lumpur akan memberi fokus terhadap laluan-laluan ini agar kemalangan dapat dikurangkan,”katanya kepada pemberita sempena Kempen Op Selamat 14 Tahun Baru Cina 2019, di sini, hari ini.

Op Selamat 14 bermula hari ini hingga 12 Februari depan bagi memastikan lalu lintas di ibu negara lancar dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Ia akan memberi tumpuan kepada kesalahan trafik melibatkan kesalahan pandu laju, penggunaan telefon bimbit, penyalahgunaan lorong kecemasan, memotong barisan dan melanggar lampu isyarat.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mazlan berkata, Op Selamat 2018 menunjukkan peningkatan jumlah kemalangan maut berbanding tahun 2017.

Turut meningkat adalah jumlah saman yang dikeluarkan pada 2017 iaitu peningkatan sebanyak 2455 saman pada 2018.

“Peningkatan jumlah kemalangan maut dan kemalangan ini seiring dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya,”katanya.

Terdahulu, beliau turut melancarkan Kempen Keselamatan Motosikal di Jalan Raya dengan kerjasama CCM Duopharma Biotech Berhad (CCM Duopharma).

Menerusi kerjasama ini, CCM Duopharma telah melantik juara perlumbaan motosikal Malaysia dan penunggang MotoGP Hafizh Syahrm Abdullah sebagai duta dan ikon bagi kempen Keselamatan Balik Kampung Bermotosikal PROVITON dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM.