X

Kindly register in order to view this article
!

Nasib baik ada orang datang...

Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas yang terjatuh dan terperangkap dalam rumahnya di Jalan Helang, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, hari ini.
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas terjatuh dan terbaring di ruang tamu semasa menyediakan juadah untuk rakannya yang akan datang ke rumahnya di Jalan Helang, Taman Larkin Perdana di sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.16 petang itu, Hasnah Noor, 91, tidak mampu bangun selepas terjatuh dan pintu rumahnya pula dikunci dari dalam.

Sejurus rakan mangsa tiba, warga emas berkenaan cuba meminta tolong rakannya itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana pintu berkunci.

Dia kemudian meminta tolong jiran sebelah rumah untuk membuka pintu dari bahagian belakang rumah serta menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan tempat kejadian.

Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas yang terjatuh dan terperangkap dalam rumahnya di Jalan Helang, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, hari ini.
Anggota bomba menyelamatkan seorang warga emas yang terjatuh dan terperangkap dalam rumahnya di Jalan Helang, Taman Larkin Perdana, Johor Bahru, hari ini.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Rafie Sareng berkata, setibanya pihak bomba pintu sudah berjaya terbuka dan mereka sudah pun masuk ke dalam rumah tersebut.

"Mangsa tinggal seorang diri di rumah dan anak-anaknya tinggal di luar Johor Bahru.

"Pihak bomba membawa mangsa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan menghubungi anak-anak mangsa memberitahu perihal ibu mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi tersebut selesai pada jam 4.55 petang.

ARTIKEL BERKAITAN Bomba selamatkan warga emas terperangkap dalam rumah


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!