Kerajaan mulakan PLSB tangani banjir di Sungai Golok

Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kiri) ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. -Foto Bernama
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob (kiri) ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PASIR MAS - Kerajaan telah memulakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Sungai Golok bagi menangani masalah banjir yang melanda kawasan tersebut saban tahun.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaksanaan projek itu dilakukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama yang dijangka siap pada April 2022 menelan belanja RM300 juta.

"Projek ini akan memberi manfaat kepada 45,700 penduduk meliputi kawasan seluas 225 kilometer (km) persegi,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek PLSB, Sungai Golok (Kesban), di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, komponen utama projek membabitkan kerja-kerja tebatan banjir dan kerja-kerja di muara Sungai Golok.

"Komponen kerja-kerja tebatan banjir melibatkan pembinaan ban banjir Sungai Golok sepanjang 26 km, ban banjir Sungai Mentua (8 km), ban banjir di Sungai Lemal, Lanchang (19 km) dan pembinaan pintu air Kuala Jambu.

"Kerja penambahbaikan di muara Sungai Golok turut akan dilaksanakan dengan pembinaan benteng dinding dan penyediaan laluan pelayaran," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: