Peniaga dan pekerja PBKL wajib pakai seragam

Peniaga dan pekerja PBKL diwajibkan memakai pakaian seragam berkuatkuasa 10 Julai ini.
Peniaga dan pekerja PBKL diwajibkan memakai pakaian seragam berkuatkuasa 10 Julai ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua peniaga dan pekerja di Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) diwajibkan memakai pakaian seragam yang ditetapkan mengikut jenis jualan diusahakan berkuatkuasa 10 Julai ini.

Menerusi satu notis pemberitahuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan peniaga dan pekerja yang gagal mematuhi arahan itu tidak akan dibenarkan memasuki kawasan PBKL selepas ini.

"Mereka yang tidak mempunyai pas pelesen atau pekerja juga tidak akan dibenarkan masuk bermula tarikh berkenaan," katanya.

Difahamkan, menerusi penetapan itu, peniaga dan pekerja jualan sayur diwajibkan memakai baju berwarna hijau manakala bagi mereka yang mengusahakan jualan buah pula perlu memakai baju berwarna merah.

Selain itu, peniaga dan pekerja jualan ikan turut diwajibkan memakai baju berwarna biru.

Artikel Berkaitan: