Kembar siam tertua meninggal dunia

Ronnie dan Donnie pasangan kembar siam tertua di dunia sejak 2014 dilapor meninggal dunia semalam. - Foto Daily Star
Ronnie dan Donnie pasangan kembar siam tertua di dunia sejak 2014 dilapor meninggal dunia semalam. - Foto Daily Star
A
A
A

BEAVERCREEK - Pasangan kembar siam tertua di dunia iaitu Ronnie dan Donnie dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Beavercreek, Ohio pagi semalam.

Berita itu disahkan oleh adik mereka dikenali sebagai Jim, lapor Daily Star.

Jim memberitahu, pasangan kembar siam itu tinggal bersama dia dan isteri di Beavercreek sejak 10 tahun lalu.

Kedua-dua kembar siam itu sebelum ini tinggal di Dayton, Amerika Syarikat dan terpaksa berpindah ke rumah Jim atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Demi memberi keselesaan buat pasangan kembar siam itu, pada 2010, seramai 200 sukarelawan telah datang ke rumah Jim untuk membina ruang tambahan untuk mereka.

"Saya sangat berterima kasih dengan sumbangan masyarakat setempat yang membantu perpindahan Ronnie dan Donnie ke rumah kami.

“Malah, atas usaha itu juga mereka (pasangan kembar siam) dapat tinggal selama 10 tahun bersama kami," ujarnya.

Pasangan kembar siam yang bercantum di bahagian abdomen itu telah memintas jarak usia kembar siam pertama yang ditemui iaitu Chang dan Eng.

Artikel Berkaitan:

Ronnie dan Donnie menjadi pasangan kembar siam tertua di dunia sejak 2014 dan mereka cukup bangga dengan gelaran tersebut.