X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga lelaki ditahan, dadah bernilai RM148,000 dirampas

Gambar kecil: Abdul Rahim Daud
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan tiga lelaki dan merampas 12,800 biji pil yaba dan 203 gram dadah jenis syabu bernilai lebih RM148,000 dalam serbuan di sini pada Rabu dan Khamis lepas hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kampung Pulau Panjang, Pengkalan Chepa di sini pada jam 10.45 malam Rabu lepas, polis menahan seorang lelaki 26 tahun dan menemukan 800 biji pil yaba bernilai RM8,300 disembunyikan di dalam kereta dipercayai milik suspek.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis nimetazipam dan didapati memiliki pas sempadan Malaysia-Thailand,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek turut mempunyai tiga rekod lampau melibatkan dadah dan direman tujuh hari bermula 2 Julai bagi membantu siasatan.

Katanya, dalam serbuan kedua pada Khamis di sebuah rumah di Kampung Machang Limbat di sini, dua lelaki berusia 27 dan 43 tahun ditahan selepas dipercayai terbabit dengan pengedaran dadah di kawasan berkenaan.

Abdul Rahim berkata, dalam serbuan pada jam 6.30 petang itu, polis menemukan 203 gram syabu dan 12,000 biji pil yaba dianggarkan bernilai RM140,300, wang tunai RM10,000 dan menyita sebuah kereta jenis Nissan Sylphy milik suspek.

“Kedua-dua suspek yang turut positif dadah methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah direman selama tujuh hari bermula 3 Julai untuk siasatan,” katanya.

Katanya, ketiga-tiga suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM15,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf