X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Kembali satu digit, hanya lima kes baharu

Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - Bilangan kes positif baharu wabak koronavirus (Covid-19) kembali kepada satu digit hari ini selepas lima kes dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 8,663 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tiga melibatkan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dua lagi membabitkan penularan tempatan.

"Kedua-dua kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia iaitu kes-kes saringan pra pembedahan di Hospital Queen Elizabeth, Sabah dan di sebuah pusat perubatan di Seremban, Negeri Sembilan.

"Tiada penularan dalam negara di kalangan bukan warganegara dilaporkan pada hari ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat empat kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,465 kes atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

"Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah pula adalah 77 kes," katanya.

Katanya, angka kematian akibat Covid-19 kekal 121 orang apabila tiada kematian baharu dilaporkan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf