Covid-19: Korban meningkat, 82 maut dalam 24 jam di Indonesia

 Indonesia merekodkan 82 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang.
Indonesia merekodkan 82 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang.
A
A
A

JAKARTA - Indonesia merekodkan 82 lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini 3,171 orang.

Kes positif virus itu juga meningkat kepada 63,749 kes iaitu pertambahan 1,607 kes baharu dalam tempoh berkenaan.

Dalam sidang akhbar harian menerusi saluran YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, bagi tempoh 12 tengah hari semalam hingga 12 tengah hari ini, sebanyak 13,767 pesakit masih dalam pemantauan.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,020 kes, diikuti Jakarta (649 kes), Kalimantan Selatan (200), Jawa Tengah (200), Sulawesi Selatan (199) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Kes kematian terbaharu itu melibatkan masing-masing 24 kes di Jawa Timur dan Sulawesi Selatan, 15 di Jawa Tengah dan selebih di wilayah-wilayah lain di republik ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: