Ajal penunggang motosikal berkuasa tinggi

Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di KM32 Jalan Sungai Koyan-Pos Betau di sini, tengah hari tadi.
Keadaan motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan di KM32 Jalan Sungai Koyan-Pos Betau di sini, tengah hari tadi.
A
A
A

LIPIS - Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Sungai Koyan - Pos Betau di sini, tengah hari tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Fadzly Abd Hamid, 40, dari Segamat, Johor mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki H2R berkonvoi bersama beberapa penunggang lain dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.

Serpihan komponen motosikal mangsa yang bertaburan di dalam longkang.
Serpihan komponen motosikal mangsa yang bertaburan di dalam longkang.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui laluan berselekoh lalu terbabas.

"Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada rempuhan itu menyebabkannya melambung sejauh lima meter sebelum terjatuh di bahu jalan.

"Kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan: