Malaysia yakin tarik pelabur baharu pasca Covid-19

Mohamed Azmin (kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay melawat kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.
Mohamed Azmin (kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay melawat kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Malaysia yakin mampu menarik pelaburan baharu menerusi Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini berikutan kejayaannya menangani pandemik koronavirus (Covid-19).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana Malaysia mampu menawarkan persekitaran yang selamat dan kondusif sekali gus kejayaan itu memberi imej positif serta keyakinan kepada negara.

"Dengan ada kerjasama serantau ini (RCEP), kita akan dapatkan keupayaan Malaysia di peringkat global untuk menarik pelaburan-pelaburan baharu ke negara ini.

"Jadi, saya berharap dan yakin dengan kemampuan untuk mencapai matlamat ini (menarik pelabur) walaupun keadaan sekarang amat sukar tetapi saya percaya dengan keupayaan Malaysia menangani Covid-19, keyakinan pelabur cukup tinggi bahawa Malaysia ada kemampuan untuk menangani apa jua masalah pada masa mendatang," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin (kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay melawat kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.
Mohamed Azmin (kanan) diiringi Ketua Polis Johor, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay melawat kilang Daiichi Seiko Sdn Bhd di Iskandar Puteri, Johor, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pada masa sama kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang meneliti bidang baharu berteknologi tinggi untuk dibawa masuk ke negara ini pasca Covid-19.

Katanya, negara ini mempunyai daya penarik bagi memikat pelaburan asing antaranya kestabilan politik, kemudahan infrastruktur dan tenaga kerja berkemahiran.

"Perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China menyebabkan banyak syarikat dan industri global yang menjadikan negara berkenaan (China) sebagai pusat operasi mahu memindahkan operasi mereka ke rantau ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

MIDA katanya, akan berusaha menarik syarikat-syarikat global terlibat untuk memindahkan operasi mereka ke Malaysia bagi menembusi pasaran Asia Tenggara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, pemain industri berharap kerajaan dapat menyelaraskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) antara Pusat dan negeri yang diperkenalkan dalam menghadapi sebarang krisis pada masa akan datang.

"Mereka lihat SOP (prosedur operasi standard) diperkenalkan tidak konsisten antara Pusat dan negeri, jadi industri meminta agar pelaksanaan perkara ini dijelaskan. Perkara ini penting bagi mereka agar tidak berlaku masalah dalam operasi harian," katanya.