'Jangan sampai UMNO tergadai kerana jawatan PM'

Mohd Puad Zarkashi
Mohd Puad Zarkashi
A
A
A

SHAH ALAM - Cadangan menjadikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri untuk Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 dikhuatiri akan menggadaikan UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, jawatan Perdana Menteri seolah-olah boleh dipajak gadaikan apabila perkara itu dicadangkan.

"UMNO tidak boleh dijadikan pajak gadai kerana jawatan Perdana Menteri.

"Cukuplah UMNO dijadikan pajak gadai oleh mereka yang melompat masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana mengejar jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan peruntukan pembangunan.

"Lihatlah kepada parti besar seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang telah pajak gadaikan jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu. Akhirnya mereka yang kena gadai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan UMNO dan Pas secara prinsip bersetuju untuk terus menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15.

Perkara itu disahkan Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Mengulas lanjut, Puad berkata, keputusan besar seperti memajak gadai jawatan Perdana Menteri kepada Bersatu perlu mendapat persetujuan daripada akar umbi.

Artikel Berkaitan:

Apatah lagi, keahlian UMNO dan Pas hampir lima juta orang manakala keahlian parti Bersatu tidak sampai 100,000 orang.

"Jangan apa yang berlaku kepada Pakatan Harapan terjadi kepada Muafakat Nasional (MN).

"Apatah lagi rakyat masih tertanya-tanya Muhyiddin-Mahathir ini, kawan atau lawan," katanya.

Pada masa sama beliau menegaskan, kemenangan besar di Pilihanraya Kecil (PRK) Chini adalah isyarat daripada rakyat terhadap MN.

"Orang Melayu dan ahli UMNO-Pas mahu UMNO dan MN kembali memimpin walaupun lawannya hanya calon Bebas," katanya.